Ketahui lebih lanjut tentang misi, visi, dan pasukan kami di Ziestech Enterprise, syarikat yang ditubuhkan pada 19 Februari 2002.
Ziestech Enterprise menawarkan perkhidmatan pembekalan, pemasangan, dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin, kerja-kerja pendawaian elektrik, dan perkhidmatan teknik.
Menjadi syarikat yang cemerlang dalam pengurusan perniagaan dan menyampaikan servis yang berkualiti kepada pelanggan sektor awam mahupun swasta dalam perkhidmatan penghawa dingin, elektrik, pembinaan dan mekanikal.
Menjana dan menghasilkan tenaga kerja yang dapat meneraju peningkatan dari segi ekonomi dalam syarikat seterusnya negara serta membantu pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
Di Ziestech Enterprise, keselamatan dan kesihatan tempat kerja adalah keutamaan utama bagi kedua-dua pekerja dan pengurusan kami. Syarikat mengamalkan langkah-langkah pencegahan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, yang menggariskan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam operasi perniagaan harian.
Ziestech Enterprise menjalankan kerja-kerja peralatan penghawa dingin dan elektrik. Syarikat juga mempunyai pekerja-pekerja yang kompeten dalam menjalankan kerja-kerja berdasarkan skop kerja seperti kerja-kerja elektrik yang memerlukan sijil khusus untuk mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Semasa bekerja, semua pekerja tidak kira jawatan perlu: sentiasa memastikan kesihatan dan prosedur keselamatan dipatuhi, mengenal pasti dan menentukan untuk mengelak dan mengurangkan keadaan tidak selamat, serta bertanggungjawab atas keselamatan sendiri dan rakan-rakan kerja lain, sentiasa bekerja dalam keadaan yang selamat dan sesuai.
Syarikat mempunyai sijil NIOSH, Green Card CIDB, dan OGSP untuk pekerja-pekerja. (Sila lihat fotokopi sijil/kad).
Alamat: No. 360, Jalan Petaling 10, Taman Seri Petaling, 09000 Kulim, Kedah
Bila anda memilih kami, anda memilih perkhidmatan yang boleh dipercayai dan hasil kerja yang berkualiti tinggi.